Wednesday 21 September 2011

Tips Perkahwinan Untuk Para Gadis..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Perkahwinan adalah suatu perkara yang amat besar dalam kehidupan seseorang, terutama seorang perempuan. Kenapa? Kerana ‘kahwin’ itu sendiri menukar title seorang perempuan daripada ‘Cik’ kepada ‘Puan’ dan mengubah banyak perkara pada diri individu itu sendiri. Walaupun kadang-kadang kita tengok macam ‘trend’ bila orang berkahwin, rasa tak sefahaman, tak serasi… berpisah saja. Ia memang begitu simple tapi hakikatnya amat menyedihkan apabila satu pasangan itu akhirnya melafazkan cerai atau tidak hidup bersama lagi. Tambah-tambah lagi bila melibatkan anak-anak.
Kenapa berlakunya perpisahan? Hanya mereka saja yang tahu, hakikatnya ia adalah hasil ketidakpuasan hati yang tidak dapat dikompromi lagi.
Adakalanya pasangan yang bercerai mendapati pasangan yang dikahwini tidak serasi dan tidak sesuai dengan diri setelah diijabkabul. Ada juga yang menyesali komitmen yang dilalui setelah berkahwin, semestinya amat-amat berbeza dengan sebelum berkahwin. Ada yang enggan berubah, mungkin. Ada juga yang tidak memahami hakikat sebenar perkahwinan, tak semuanya indah. Kebanyakan yang mengalami situasi sebegini adalah wanita moden yang sudah biasa berdikari, biasa membuat keputusan sendiri, biasa bebas dan tidak terkongkong di bawah telunjuk sesiapa.







Jadi, apakah perkara yang patut dibuat sebelum menjalani alam perkahwinan bagi gadis-gadis hebat ini agar tak menyesal di kemudian hari?
1. Pilih Pasangan
Orang kata jangan memilih sangat. Nanti langsung tak dapat. Jangan! Kena pilih. Biar lambat asal selamat.






2. Cinta Ke?
Kata pujangga, cintakan bunga kan layu akhirnya. Cinta semata-mata boleh membutakan hati. Perkahwinan adalah perkongsian semua perkara, bukan cinta sahaja. Biasanya cinta lebih mudah berbunga dengan mood yang baik dan ceria. Dalam keadaan stress, cinta pun boleh tertekan juga. Bayangkan kalau cuma ada cinta semata-mata tanpa perasaan hormat dan menghargai pasangan. Masa senang, kau lah yang kucinta. Masa susah? Carilah yang bersama kita bukan semata-mata kerana cinta, lebihkan perasaan hormat.






3. Kemandirian
Wow! Perkataan apa ni? Bermakna kebolehan untuk berdikari. Bukan bermakna bersikap ‘merdeka’ dan terus dengan perangai degil, sebaliknya sudah biasa berdikari sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan yang berbeza. Perkahwinan tak selalunya kita selalu bersama macam belangkas. Mungkin akan lebih ‘sendiri’. Jadi, punya sesuatu yang boleh dilakukan sendiri untuk mengisi masa-masa ‘sendiri’ itu adalah lebih baik dari menjadikan isu itu satu perkara yang boleh bawa kepada pergaduhan!






4. Perkahwinan Bukan Fairy Tales
Dalam cerita-cerita fairy tales, biasanya ia berakhir dengan “happily ever after”. Sayangnya semua itu tak ada di dunia nyata ni. Happy-sad-grumpy-quarrel ever after mungkin lebih tepat. Perkahwinan ialah satu perkara yang perlu ada give and take. Jangan terpengaruh dengan cerita-cerita yang indah-indah sampai lupa nak sediakan diri dengan sedikit perasaan untuk cuba memahami pasangan. Jangan terlalu demanding nak dilayan macam pemaisuri.





5. Pasangan serasi
Pasangan serasi bukan pasangan yang sempurna. Tiada orang yang sempurna dalam dunia ini. Begitu juga dengan kita. Ketidaksempurnaan ini memerlukan seseorang yang juga tidak sempurna agar masing-masing dapat mengisi slot ketidaksempurnaan tu. Kalau semua dah sempurna, buat apa nak pasangan lagi? Pasangan serasi juga tak semestinya mesti sama. Perbezaan itu yang membuatkan kita serasi, menambah variety dalam kehidupan.






Sebelum bernikah, buat semua benda yang rasa nak buat. Bila dah kahwin, tak tentu boleh buat balik. Gunakan masa sebelum memberi komitmen sebaik-baiknya. Enjoy dengan diri sendiri sebelum enjoy bersama pasangan. Sudah tentu lain caranya dan tak boleh berpatah balik. Pendek kata, nikmati hidup sebelum kahwin sebelum anda berkahwin, supaya alam perkahwinan lebih nikmat.
Sebagai wanita moden, anda berhak tahu hak-hak anda dalam perkahwinan. Sekiranya hak tersebut tidak dipenuhi, you can be bold enough untuk mendapatkan hak tersebut. Oleh itu, sebelum berkahwin, lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu asas perkahwinan, supaya nanti tak terasa ‘tak adil’ bila diperlakukan begitu dan begini. Kalau tak adil, boleh terus buat tindakan yang patut.


Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment