Wednesday 21 September 2011

Tips Perkahwinan Untuk Para Gadis..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Perkahwinan adalah suatu perkara yang amat besar dalam kehidupan seseorang, terutama seorang perempuan. Kenapa? Kerana ‘kahwin’ itu sendiri menukar title seorang perempuan daripada ‘Cik’ kepada ‘Puan’ dan mengubah banyak perkara pada diri individu itu sendiri. Walaupun kadang-kadang kita tengok macam ‘trend’ bila orang berkahwin, rasa tak sefahaman, tak serasi… berpisah saja. Ia memang begitu simple tapi hakikatnya amat menyedihkan apabila satu pasangan itu akhirnya melafazkan cerai atau tidak hidup bersama lagi. Tambah-tambah lagi bila melibatkan anak-anak.
Kenapa berlakunya perpisahan? Hanya mereka saja yang tahu, hakikatnya ia adalah hasil ketidakpuasan hati yang tidak dapat dikompromi lagi.
Adakalanya pasangan yang bercerai mendapati pasangan yang dikahwini tidak serasi dan tidak sesuai dengan diri setelah diijabkabul. Ada juga yang menyesali komitmen yang dilalui setelah berkahwin, semestinya amat-amat berbeza dengan sebelum berkahwin. Ada yang enggan berubah, mungkin. Ada juga yang tidak memahami hakikat sebenar perkahwinan, tak semuanya indah. Kebanyakan yang mengalami situasi sebegini adalah wanita moden yang sudah biasa berdikari, biasa membuat keputusan sendiri, biasa bebas dan tidak terkongkong di bawah telunjuk sesiapa.







Jadi, apakah perkara yang patut dibuat sebelum menjalani alam perkahwinan bagi gadis-gadis hebat ini agar tak menyesal di kemudian hari?
1. Pilih Pasangan
Orang kata jangan memilih sangat. Nanti langsung tak dapat. Jangan! Kena pilih. Biar lambat asal selamat.






2. Cinta Ke?
Kata pujangga, cintakan bunga kan layu akhirnya. Cinta semata-mata boleh membutakan hati. Perkahwinan adalah perkongsian semua perkara, bukan cinta sahaja. Biasanya cinta lebih mudah berbunga dengan mood yang baik dan ceria. Dalam keadaan stress, cinta pun boleh tertekan juga. Bayangkan kalau cuma ada cinta semata-mata tanpa perasaan hormat dan menghargai pasangan. Masa senang, kau lah yang kucinta. Masa susah? Carilah yang bersama kita bukan semata-mata kerana cinta, lebihkan perasaan hormat.






3. Kemandirian
Wow! Perkataan apa ni? Bermakna kebolehan untuk berdikari. Bukan bermakna bersikap ‘merdeka’ dan terus dengan perangai degil, sebaliknya sudah biasa berdikari sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan yang berbeza. Perkahwinan tak selalunya kita selalu bersama macam belangkas. Mungkin akan lebih ‘sendiri’. Jadi, punya sesuatu yang boleh dilakukan sendiri untuk mengisi masa-masa ‘sendiri’ itu adalah lebih baik dari menjadikan isu itu satu perkara yang boleh bawa kepada pergaduhan!






4. Perkahwinan Bukan Fairy Tales
Dalam cerita-cerita fairy tales, biasanya ia berakhir dengan “happily ever after”. Sayangnya semua itu tak ada di dunia nyata ni. Happy-sad-grumpy-quarrel ever after mungkin lebih tepat. Perkahwinan ialah satu perkara yang perlu ada give and take. Jangan terpengaruh dengan cerita-cerita yang indah-indah sampai lupa nak sediakan diri dengan sedikit perasaan untuk cuba memahami pasangan. Jangan terlalu demanding nak dilayan macam pemaisuri.





5. Pasangan serasi
Pasangan serasi bukan pasangan yang sempurna. Tiada orang yang sempurna dalam dunia ini. Begitu juga dengan kita. Ketidaksempurnaan ini memerlukan seseorang yang juga tidak sempurna agar masing-masing dapat mengisi slot ketidaksempurnaan tu. Kalau semua dah sempurna, buat apa nak pasangan lagi? Pasangan serasi juga tak semestinya mesti sama. Perbezaan itu yang membuatkan kita serasi, menambah variety dalam kehidupan.






Sebelum bernikah, buat semua benda yang rasa nak buat. Bila dah kahwin, tak tentu boleh buat balik. Gunakan masa sebelum memberi komitmen sebaik-baiknya. Enjoy dengan diri sendiri sebelum enjoy bersama pasangan. Sudah tentu lain caranya dan tak boleh berpatah balik. Pendek kata, nikmati hidup sebelum kahwin sebelum anda berkahwin, supaya alam perkahwinan lebih nikmat.
Sebagai wanita moden, anda berhak tahu hak-hak anda dalam perkahwinan. Sekiranya hak tersebut tidak dipenuhi, you can be bold enough untuk mendapatkan hak tersebut. Oleh itu, sebelum berkahwin, lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu asas perkahwinan, supaya nanti tak terasa ‘tak adil’ bila diperlakukan begitu dan begini. Kalau tak adil, boleh terus buat tindakan yang patut.


Wallahu a'lam...

Love is cinta..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

tetibe tringin nk mengarang ayat2 jiwang utk tulis surat cinta..kadang2, melalui penulisan jugak dapat mempamerkan perasaan dan emosi seseorang..menulis atau mengarang  jugak salah satu medah untuk melepaskan stress dan kemarahan bagi aku..hihi




khazanah cinta telah berkumandang
bersama lazuardi menembus cakrawala
keindahannya membuat sum-sum tulang semakin melunak
menikmati seruan dalam keheningan sabda alam

semua telah terjawab dalam sentuhan hati
di mana penantian segera berakhir dalam hitungan waktu
menyambut dekapan takdir untuk mahligai terindah

sekarang bukan seperti dulu
bagai burung bebas terbang
menuruti kemauan untuk hinggap...

ada batas yang harus di jaga
untuk tercipta keagungan cinta
sampai pada akhirnya hanya maut yang memisahkan






Wallahu a'lam...

Lari dari rumah..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Bila kita bersedia untuk memudahkan segala benda, jangan pernah untuk membandingbeza dengan orang lain. Jadilah diri kita yang sebenar dalam mencapai kebaikan yang kita tahu dan kita sedar dengan sebaiknya. Di saat segalanya selesai dan terjawab, itulah ketikanya kita mendapat penghargaan dan pengiktirafan yang bukan sedikir daripada orang sekeliling kita.

Sedar ataupun tidak, sesetengah daripada manusia sekeliling kita hanya berbual, mencari kita hanya mereka menghadapi masalah, memerlukan sesuatu dan apabila hajat mereka tercapai, secara ajaibnya, mereka akan menghilang begitu sahaja. Ya, bila kehidupan mereka sudah bertambah baik, mereka hilang begitu sahaja.


Dan itu yang membuatkan sebahagian daripada manusia (ya, mungkin kita-kita ini), yang lebih gemar menjadi penipu, pembelit, kaki temberang, kaki muslihat, dan sebagainya - hanya dengan tujuan untuk orang lain kagum dengan diri mereka. Sukar menjadi diri sendiri yang kononnya tidak akan mempunyai kelebihan semata-mata takut untuk menghadapi dunia. Ya, mungkin dunia akan menghakimi kita secara buruk, secara negatif dengan siapa diri kita, tetapi bukankah menjadi diri sendiri itu lebih menarik?


Gambar : Pengalaman adalah perkara yang kita dapat apabila kita tidak dapat apa yang kita mahukan. Dan pengalaman itu sebenarnya sesuatu yang lebih berharga untuk kita dapatkan dalam hidup (Shafaza Zara, 2011)

Sekejap.
Kenapa aku tulis benda-benda begini sekarang?
Oh, sebab aku sedang memberikan tumpuan kepada pembacaan aku. Memang begini kalau aku sudah tenggelam dalam dunia yang aku sukai. Aku selalu terfikir, indahnya kalau ada orang beri aku hadiah buku. Berikan aku satu set buku dari rangkaian penulis yang aku gemari ataupun apa sahaja bahan bacaan yang aku suka kelek ke sana ke mari. Dan ya, buat yang sudah lama mengenali aku, memang aku suka cium bau buku. Sebelum membaca, aku akan cium buku, nikmati sedikit demi sedikit dan memandangkan aku seorang yang membaca dengan pantas, aku sudah hampir habis enam buah buku dalam minggu ini. Ya, gila kan? Semuanya aku beli secara atas talian ataupun ke kedai buku berhampiran.

Kita semua pernah terjatuh.
Mungkin ada parut yang tinggal daripada kesan kita terjatuh itu.
Tetapi tahukah kita bahawa parut yang tinggal itu bukan kesan sebagai tanda peringatan betapa sengsara dan sakitnya kita, tetapi ia sebagai peringatan, betapa kuatnya kita melalui dan menghadapi kesakitan pada suatu masa dahulu. Ya, kalau kita pernah lari dari rumah, cedera dan sebagainya, kita tetap kembali pada rumah yang kita tinggalkan.


Gambar : Hargailah kehidupan kita sendiri. Kerana kita hanya punya satu kehidupan.

Tidak.
Tulisan ini bukan mahu mengajak kalian semua lari dari rumah, cuma mahu kita fikirkan sesuatu perkara. Adakah kita tidak akan kembali pada rumah yang kita tinggalkan? Adakah kita mahu cuba sesuatu yang melampaui keupayaan tanpa mahu menoleh ke belakang dan melihat apa yang pernah kita naungi selama ini?

Aku memilih untuk duduk diam sebentar.
Mahu lihat kembali bagaimana aku memulakan segalanya.
Dari sekecil-kecil perkara.
Ya.

Sebolehnya, aku menulis yang pendek-pendek sahaja seperti dahulu layaknya. Saat aku mula bertatih kembali, mengenal betapa bahasa kebangsaan aku mula terhakis apabila kesibukan membuatkan pertuturan dan pergaulan aku dengan bahasa ibunda sudah jadi entah apa-apa. Ya, kembali kepada di mana aku bermula dan aku sedang mahu menulis sedemikian rupa. Maaf kalau rumahnya penuh cacat cela. Nah, aku kan masih lagi segumpal sampah tanpa makna?


Lari dari rumah?
Tidaklah.
Aku cuma keluar sebentar dari Dunia Sebelah Zara.
Lari ke sebelah sana.

Aku hanya mahu mulakan semula.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Buku-buku terakhir yang aku tunggu sudah tiba. Dari MPHOnline dan juga #CEKIK dari  Fixi.

Tangan yang pernah menyeka kesakitan aku pada suatu ketika dahulu adalah lebih bermakna dan penting daripada beberapa tangan tidak terkira yang datang memberikan tepukan gemuruh dengan apa yang aku nikmati sekarang.

Wallahu a'lam...


Kes penceraian di Malaysia..

Kes perceraian di Malaysia tinggi - 25% pasangan bercerai.


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Statistik yang diberikan oleh JAKIM menunjukkan secara puratanya antara tahun 1995 hingga 2005 daripada jumlah perkahwinan yang didaftarkan, 15% daripadanya telah pun bercerai. Ini tidak termasuk dengan kes gantung tidak bertali dan kes perkahwinan bermasalah yang tidak sampai ke tahap perceraian. Sekiranya semua ini turut dimuatkan, tentunya hampir satu perempat daripada jumlah perkahwinan itu telah bercerai atau berhadapan dengan ancaman perceraian. Sebagai orang Islam yang prihatin, dimanakah silapnya sehinga jumlah yang tercatat begitu besar.




Semalam aku dikejutkan berdasarkan laporan tidak rasmi JAIS untuk Daerah Sepang, daripada 700 pasangan didaftarkan perkahwinan pada tahun ini, sebanyak 200 pasangan yang bermasalah. Ini mengabsahkan lagi andaian aku bahawa seperempat daripada pasangan yang berkahwin akan bercerai atau berhadapan dengan ancaman cerai.

Tidakkah ini satu jumlah yang besar dan membawa kepada ancaman pendidikan anak-anak itu nanti. Patutlah anak-anak terbiar lantaran rumah tangga bermasalah.

Persoalannya, apa yang perlu aku buat? 
Ada kajian yang dibuat oleh mat salleh.
Malay Marriage and Divorce in Peninsular Malaysia: Three Decades of Change, by Gavin W. Jones © 1981.




Wallahu a'lam...

Thursday 4 August 2011

Isu Gay dan Lesbian.. KENAPA DILARANG OLEH ISLAM?


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Tadi borak ngn sorang member kat FB.citer pasal pengalaman-pengalaman zaman universiti.Then member aku tu bukak topic pasal pelajar-pelajar yang dah tukar karaktor menjadi ‘pompuan kacak’ atau ‘lelaki cantik’. Entry kali ni, aku just nk ceritakan alasan-alasan yang aku dapat fikir so far, MENGAPA KITE DILARANG UTK ADAKAN HUBUNGAN SEJENIS???









Benda asas yang sume orang tau, hubungan sejenis boleh menyebabkan generasi baru tak boleh diteruskan. Tak mungkin dengan mengadakan hubungan sejenis boleh melahirkan anak. Walaupun sekarang dah ada benda2 pelik mcm anak tabung uji, anak yang lahir tu nanti, pastinya bukan dari baka mak ayah dia sndrik. Kalau bukan dari baka milik mak ayah tu, agak2nye, si mak ayah tu ada tak rasa appreciate kt anak tu nanti sekiranya anak tu tak sempurna, cacat andaikata? Tu kes mak ayah, blom lagi kisah bakal atuk ngn nenek si bayi tabung uji tu nnti.

Mengadakan hubungan sejenis boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang, kanser usus, sakit kemaluan, buasir and penyakit kulit. Permainan seks tu kotor and luar tabii… bile dah kotor confirm penyakit punya.

Masyarakat akan hidup dalam ketakutan. Perogol misteri ada keliling kite. Waheeda dapat offer melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej… Dia ditempatkan di sebuah bilik hostel bersama 2 orang gadis lain. Waheeda cuwak, dia bisik dalam hati dia “Lain mcm jeeeeeeee 2 ekor roommate aku ni, mcm tuttttttttt….” So, Waheeda dalam ketakutan. Apa akibatnya??? Masalah komunikasi sebab saling sangsi antara satu sama lain. Akibatnya, ni akan membuatkan masyarakat saling sangsi antara satu sama lain, pentingkan diri sndr and also hidup ketakutan. Nak p tandas awam pn takut…

Wallahu a'lam...

Sunday 24 July 2011

Definisi lelaki...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

jika ada kaum hawa,pasti ada pasangannya iaitu kaum adam..so,kali ini saya ingin berkongsi mengenai kaum adam pula iaitu definisi lelaki sejati pula..Banyak dari orang-orang yang masih bingung dengan definisi dari kata “Lelaki Sejati”. Berikut saya akan menjelaskan definisi dari “Lelaki Sejati” menurut cara pandang saya :


>Lelaki sejati itu bukan dilihat dari wajahnya yang tampan, tapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku   kehidupan.
>Lelaki sejati bukan dilihat dari kerasnya pukulan, tapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.
>Lelaki sejati bukan dilihat dari dompetnya yang tebal, tapi dari tubuhnya yang kebal.
>Lelaki sejati selalu jadi Imam, meskipun namanya bukan Imam.
>Lelaki sejati itu suka makan banyak,dan tidak suka menguruskan hal remeh dan kalau berbicara pula mereka tidak suka meleret-leret.










Itulah tadi cara pandang saya dalam mendefinisikan “Lelaki Sejati”. Kalau pun ada definisi-definisi saya yang tidak berkenan di hati anda, selamat, itu ertinya anda masih WARAS.Ingat, tidak semua lelaki itu jahat, percayalah selalu ada lelaki sejati di sudut bumi ini, tapi yang jadi masalah adalah bumi ini bulat. Dan itu tugas anda untuk menemukan sudutnya. 


Wallahu a'lam...

Thursday 21 July 2011

Definisi Wanita..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membaca coretan saya.
Ini merupakan kali pertama saya menaip sesuatu di blog saya ini.Maklumlah, saya ni baru je menceburkan diri dalam alam blog ni.. Ini pun curik-curik masa sebelum masuk tidur.

So. Sila amati coretan dibawah.

"Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya"

Kali pertama saya terbaca coretan ini, hati saya terus terpaut padanya. Macam cinta pandang pertama pulak kan?betul ke statement ni?























Jadi apa pandangan kamu ketika melihat seorang wanita. Jatuh cinta pandang pertama jugakah?
Pasti permulaannya dengan Nafsu kemudian disusuli dengan Akal dan akhir sekali dengan Hati. kan? Disaat kamu melibatkan hati dalam memandang seorang wanita, ketika itu baru kamu sedar yang hati kamu sudah terpaut padanya! Adakah bermaksud kamu sudah jatuh cinta? HAHA. Kan saya sudah mulai merepek..

p/s: Nanti saya nak buat survey, apa yang wanita pandang terhadap insan bernama Lelaki.teringin jugak nak tau kan?hihi

Nabi S.A.W pernah bersabda yang mafhum seperti ini: " Wanita ini diciptakan dari tulang rusuk kiri dari lelaki yang tertusuk ke atas, apabila tulang ini dilentur dengan kuat berkemungkinan tulang akan patah,ianya perlu dijaga dengan rapi agar tulang tidak mudah patah...." lebih kurang maksudnya camtu lah...

>>jadi hormatilah kaum hawa sebagai pembantu sayap kiri perjuanga kaum adam...


wanita oh wanita..begitu kompleks...wanita sebagai bukti perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam..bila mana Rasulullah pulangdari gua Hira' dalam keadaan takut dan teruja, yang menjadi penenang adalah Saidatina Khadijah iaitu isteri Rasulullah sendiri..banyak bukti dalam susur galur perjuangan tokoh-tokoh Islam dalam menyebarkan Islam, wanita adalah sebagai nadi penggerak..

Dan tidak kurang jugak wanita sebagai medium untuk mencari maklumat serta menggagalkan perancangan dalam strategi peperangan. Sejarah membuktikan tentera dari Qi Mao, tewas dalam sekelip mata gara-gara terlalu mahsyuk melayan wanita yang datang sebagai tamu padahal wanita itu adalah isteri kepada lawannya..

konklusinya, wanita terlalu banyak fungsi dalam mennggerakkan suatu perjuangan, kalau tidak secara langsung, secara tidak langsung..so that, wanita adalah anugerah dari Allah untuk para lelaki supaya ada pendamping yang setia...

Wallahu a'lam...